Wednesday, May 12, 2010

berkawan

i got this from someone else's blog. sori la x letak kdt eh

1. Kalau kawan mahu mengadu tentang suaminya yang buat dia pening, bengang, rungsing, marah, sedih dan/atau kecewa, tolonglah jangan mula bercerita tentang suami kita yang hebat, terbaik, paling rajin dan paling mithali di alam semesta.

2. Kalau kawan mahu mengadu apabila merasa kelemahan dan kekurangan sebagai seorang ibu, tolonglah jangan mula bercerita tentang kelebihan sendiri dan tambah membuatkan dia terasa sakit hatirendah diri.

3. Kalau kawan mahu mengadu tentang ibu atau bapanya yang buat dia pening, bengang, rungsing, marah, sedih dan/atau kecewa, tolonglah jangan mula bercerita tentang ibu atau bapa kita yang hebat, terbaik, paling memahami dan penyayang di alam semesta.

Ada ketikanya
apabila seorang kawan mengadu,
sekadar mendengar,
mengangguk,
mencelah sesekali tanda sedang mengikuti ceritanya penuh perhatian,
lebih berkesan dan membantu
daripada bercerita panjang,
memberi pendapat/nasihat yang tidak diminta
dan/atau menambah 'perisa' dalam perbualan.

3 comments:

irdhi_hayati said...

:)
hopefully aku bukanlah kawan yg asyik duk mengebang hal sendiri

hANa said...

kadang2 kite jumpe kwn yg mcm ni. apperently, ade kwn aku yg begini turned out kawan ko jgk.

tapi dalam hidup memanglah macam tu - setiap orang ada kelebihan dan kekurangan...
sebab tu ada masanya kita kena abaikan kelemahan kawan dan highlightkan kelebihan dia - barulah insya Allah boleh lama berkawan...(itupun tgk la angin aku mcm mane mase tu ",)

Anonymous said...

they just a mere human